Mengapa perlu Sekarang? bukan tunggu lah... or nati lah...
Salam semua. Just nak share sedikit info pasal kenapa perlu amik medical sekarang??? Saya lihat masih ramai lagi antara kita merasakan Medical Card nie tak penting, mungkin sebab masih bekerja di Syarikat yang menawarkan medical benefit kepada staffnya atau kerja makan gaji..Gorverment cover semua.Tapi....persoalannya....sampai bila company nak tanggung and berapa banyak company nak tanggung?..
Jadi, kalau jadi kes mcm nie berapa lama company/kerajaan boleh tanggung kita?...Company nak simpan lagi ke orang2 yang dah sakit kritikal atau penyakit yang menyebabkan kita asyik MC je?...kalau kita jadi Director company, kalau ada pekerja kita mcm nie, berapa lama company kita boleh tanggung dia and bayar gaji dia sedangkan dia asyik MC je, kemudian kerja dia tak siap. Sampai company terpaksa hire orang lain, dah kena bayar 2 orang punya gaji utk satu kerja. Kalau kita jadi pemilik syarikat, apa tindakan kita?...masih nak simpan lagi orang yang asyik MC sahaja?...so, mcm mana?...
Sebagai pekerja pulak, dah sakit teruk dan company dah nak bg surat berhenti kerja sebab masalah kesihatan, masa tu baru nak apply medical card?....untung le kalau dapat...
Kalau kena penyakit kritikal dan memerlukan rawatan berterusan?..dan kita pulak asyik
MC sahaja. Seminggu 4 hari MC, kemudian kerja sehari, MC lagi 4 hari.
Minyak naik, kita boleh elakkan beban minyak naik dengan naik motorsikal atau naik
kenderaan awam. Barang naik?..kita boleh kurangkan atau pilih barang2 yang kurang
naik. Toll naik?...kita boleh elak, ikut jalan yang toll free.
Selama sihat tak pernah buat medical check up, sekali umur 55, konon2 nak cari medical card...kena medical check up. Sekali habih medical check up baru tau kita ada mcm penyakit. Hypertension, masalah kardiovaskular, kencing manis tinggi dan lain2 lagi, semuanya akan dikesan. Masa tu baru nak amik?....rasa2nya, harga medical card masa tu sama ke dengan masa sekarang?Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara;
"MUDA SEBELUM TUA; SIHAT SEBELUM SAKIT; LAPANG SEBELUM SEMPIT; KAYA SEBELUM MISKIN; dan HIDUP SEBELUM MATI"
No comments:
Post a Comment