PELAN PERLINDUNGAN TERBAIK

Disclaimer:"Saya adalah agent yang mewakili Syarikat Prudential dan Prudential BSN Takaful Bhd. Maklumat di dlm blog ini hanyalah penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya dan bukan sebahagian daripada sijil. Saya dan syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan saya atau dgn wakil sah utk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my"

KENAPA PERLU INSURANS....??


Takaful: Satu keperluan pada masa kini


Assalamualaikum wbt.......

SEMUA ORANG PERLU MEMILIKI PLAN TAKAFUL DIRI SENDIRI!.

Sebelum mengambil pelan takaful, anda seharusnya bijak untuk mengutamakan pelan yang terbaik untuk anda. Saya akan hurai serba ringkas kepentingan jenis pelan yang biasanya kita ambil mengikut gaya hidup masa kini.


1. Takaful Perubatan / kad perubatan

Takaful perubatan adalah pelan takaful yang wajib diambil oleh semua orang. Ini disebabkan kerana kos bil perubatan yang meningkat setiap tahun. Takaful perubatan berfungsi untuk menyelesaikan semua bil hospital anda dan sekaligus anda tidak perlu menyimpan dalam amaun yang besar semata-mata untuk bil hospital anda. 

- Contohnya: Sekiranya anda berusia 30 tahun, anda hanya membayar sehingga serendah RM 200 untuk mendapatkan perlindungan sehingga RM 500,000.  Cuba anda bayangkan, berapa lamakah masa dan berpa banyakkah amaun yang perlu disimpan untuk mencapai sehingga RM 500,000?

- Kenapa anda perlukan Takaful Perubatan?:




2. Perlindungan Pendapatan.

- Biasanya kita menyebut 'Life Takaful' dan amat ramai orang yang memilikinya. Persoalan disini, adakah apa yang diambil itu menepati keperluan pada masa kini dan akan datang?

Ada 2 tujuan pelan ini dikhususkan dan anda kena memikirnya secara serius.

i. Pelan kehidupan sempurna untuk keluarga kita apabila kita sudah meninggal dunia.

- katakan beban tanggungan kita setahun termasuk semua liabiliti yang kita ada berjumlah RM 500,000, jadi kita hendaklah mengambil pelan perlindungan sekurang-kurangnya RM 500,000 supaya apabila kita tiada, keluarga kita tidak akan menanggung bebannya.

ii. Pelan kehidupan sempurna untuk keluarga kita apabila kita sudah meninggal dunia atau pun kita sudah tidak berupaya untuk bekerja disebabkan hilang upaya kekal.

- Di sini kita harus membuat perkiraan berdasarkan jumlah pendapatan kita dalam masa sebulan. Sebagai contohnya pendapatan kita RM 10,000 sebulan. Bagaimanakah takaful akan dapat mengekalkan pendapatan kita seperti biasa apabila kita mengalami hilang upaya secara kekal.

- formulanya seperti begini:

Pendapatan sebulan RM 10,000.
Pendapatan Setahun RM 120,000

Katakan pelaburan memberi pulangan sebanyak 10% setahun. Bermakna kita perlu menyimpan sebanyak RM 1,200,000 untuk mendapatkan RM 120,000 daripada pulangan 10% tersebut.

Jadi kita seharusnya mengambil pelan takaful sebanyak RM 1,200,000 + RM (jumlah liabiliti semasa) untuk mengekalkan kehidupan kita seperti biasa.


Sekiranya tuan /puan berminat, 
saya sedia membantu untuk memberi penjelasan lebih lanjut

MOHD FADZIL IBRAHIM
019 9595843
Financial Consultant
Prudential BSN Takaful Berhad




Umpama pepatah 
Sediakan Payung Sebelum Hujan
itulah konsep insurans sebagai persiapan untuk menghadapi masa depan yang belum tentu. 
 Seandainya kita sentiasa beringat dengan pepatah orang tua, 
MALANG TIDAK BERBAU
sudah pasti kita kita akan menyertai insurans sebagai jaminan masa depan.

Ada sesetengah  termasuk kawan saya sendiri yang memandang negatif tentang insurans. Mereka hanya memandang saya sebagai seorang yang ingin mengambil kesempatan atas pendapatan mereka. Sebenarnya tugas seorang Perunding Takaful adalah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan insurans tanpa ada sebarang paksaan. Apa yang kita niatkan, itulah sebenarnya yang kita dapat. Niat untuk mengaut keuntungan hanya akan memberikan kekayaan dengan pengisian yang kosong.

Apa yang disampaikan adalah berunsur kebaikan dan memberi manfaat kepada manusia. Manfaat adalah untuk orang yang menyertai insurans bukannya Perunding. Insurans bukan untuk mengkayakan Perunding atau peserta tetapi lebih daripada itu. Insurans bukan untuk menjadi kaya tetapi untuk mengelakkan kita menjadi miskin.

Seperti yang saya tegaskan tadi, terdapat beberapa kepentingan insurans kepada peserta. Tugas Perunding adalah untuk menyampaikan dan anda yang perlu menentukan sendiri kepentingan anda.
  1. PERSIAPAN jika ditimpa musibah. Kita tidak tahu bila kemalangan akan menimpa diri.
  2. Ambil insurans ketika masih muda dan sihat, boleh dapat pulangan tinggi apabila tempoh matang insurans.
  3. Jadi simpanan masa depan untuk bekalan selepas pencen.
  4. Kos pengajian semakin tinggi. Anak perlukan insurans untuk meringankan beban kos pendidikan.
  5. Jadi peninggalan untuk anak dan waris sekiranya peserta meninggal dunia.
  6. Insurans kesihatan perlu untuk menampung kos perubatan dan rawatan sekiranya terpaksa dimasukkan ke hospital.

Mungkin saya boleh berkongsi dengan anda...Hubungi saya 
019-9595843/019-9595834 (fadzil)

No comments: