PELAN PERLINDUNGAN TERBAIK

Disclaimer:"Saya adalah agent yang mewakili Syarikat Prudential dan Prudential BSN Takaful Bhd. Maklumat di dlm blog ini hanyalah penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya dan bukan sebahagian daripada sijil. Saya dan syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan saya atau dgn wakil sah utk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my"

TIP SEBELUM MENGAMBIL INSURAN HAYAT


Tip Sebelum Membeli Insurans Hayat

Beberapa tips untuk anda yang masih mencari-cari plan insurans hayat yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Jangan biarkan diri anda terus membuat perbandingan sehingga tiba saat anda betul-betul memerlukan insuran. Di saat itu, permohonan anda tidak lagi diluluskan kerana insurans hanya boleh dipohon ketika sihat.
  • Buat perbandingan kadar premium. Pastikan perbandingan dari segi kadar premium dan manfaat yang ditawarkan. Perbandingan perlulah apple dengan apple. (Bandingkan plan yang setara sahaja)
  • Fahami perlindungan yang ditawarkan serta terma dan syarat. Pastikan anda memahami apa polisi insuran anda tawarkan. Fahami juga terma dan syarat seperti pengecualian risiko.
  • Elakkan sebarang perlindungan yang tidak diperlukan. Beli apa yang anda perlu dan anda rasa berisiko tinggi dalam kehidupan anda buka kerana anda terpengaruh dengan manfaat yang anda sendiri tidak faham.
  • Pastikan insurans hayat itu sesuai untuk anda. Kaji polisi yang dicadangkan oleh agen dan dapatkan penerangan satu persatu dan anda boleh membuat pemilihan manfaat tambahan yang sesuai untuk anda.
  • Fahami dan pastikan tarikh polisi berkuatkuasa, tempoh menunggu, pengecualian. Ini penting kerana sebelum tempoh berkuatkuasa anda tidak akan dapat membuat tuntutan terhadap insurans tersebut. Fahami juga tentang pengecualian penyakit sedia ada.
  • Isikan borang cadangan dengan cermat. Pastikan anda fahami dan baca dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan.
  • Baca polisi anda setelah menerimanya dan simpan dengan cermat. cuba fahami apa yang tertulis dalam polisi dan pastikan anda tahu risiko apa yang dilindungi.
UNTUK LEBIH MEMAHAMI BETTER HUBUNGI SAYA 019-9595843 OR EMAIL SAYA  mohamadfadil@prupartner.com.my

No comments: