PELAN PERLINDUNGAN TERBAIK

Disclaimer:"Saya adalah agent yang mewakili Syarikat Prudential dan Prudential BSN Takaful Bhd. Maklumat di dlm blog ini hanyalah penerangan ringkas dan berdasarkan pendapat peribadi saya dan bukan sebahagian daripada sijil. Saya dan syarikat tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat salah faham dalam apa yang disampaikan. Anda dinasihatkan untuk berhubung terus dengan saya atau dgn wakil sah utk mendapatkan penerangan yang lebih terperinci. Sila layari web rasmi di www.prubsn.com.my"

PruBSN LINK SERIES (Takaful Link baru)


Link Series Banner

Pengenalan

Plan PruBSN Link Series merupakan plan yang sama dengan Takafulink yang lama. Cuma perbezaannya adalah, plan ini telah memenuhi piawaian terkiini yang telah ditetapkan oleh Bank Negara iaitu  "Takaful Operational Framework" atau TOF. Plan ini lebih mngkhusus kepada setiap peringkat kehidupan yang mana kita sendiri tahu, setiap peringkat tersebut mempunyai keperluan perlindungan dan perancangan kewangan yang berbeza.

Plan PruBSN Link Series ini lebih menekankan kepada keperluan perlindungan atau perancangan kewangan pada setiap tahap kehidupan. Iaitu bermula dari sejak lahir, alam persekolahan, alam universiti, permulaan career, mula berkeluarga, keluarga berkembang, di puncak career dan akhir sekali selepas bersara.

Oleh itu, terdapat 3 pecahan atau komponen di dalam plan PruBSN Link Series yang kita boleh sesuaikan bagi memenuhi setiap peringkat kehidupan yang saya nyatakan di atas iaitu :

1. PruBSN FirstLink
2. PruBSN TakafuLink
3. PruBSN SmartLink

Dan setiap pecahan komponen ini disesuaikan untuk memenuhi semua peringkat kehidupan iaitu :

Belia (Orang yang baru mulakan career)
Baru Keluarga (Orang yang baru mendirikan rumahtangga)
Keluarga yang Berkembang (Orang yang sudah mempunyai anak dan umur pun sudah meningkat)
Pesara (Orang yang sudah bersara)

Shortcut : Senarai dan penerangan setiap manfaat dalam PruBSN Link Series




Gambaran lebih jelas saya terangkan di bawah ini..

1. Belia

Young Adult

Pada peringkat ini, kalau ikutkan senario sekarang, ramai yang dibebani dengan hutang belajar dari PTPTN. Jadi, biasanya matlamat utama mereka adakah untuk langsaikan hutang secepat mungkin. Tapi, perlu diingat jugak simpanan perlu juga dibuat antara sebab utama :

1. Nak beli kereta : Kita perlukan downpayment + premium insurance kereta. Walau pun sekarang ni banyak yang offer "0" downpayment, tapi, kena ingat, long term, interest yang dikenakan menyebabkan kita lebih rugi. Jadi, baik simpan duit sikit2 untuk kumpul downpayment

2. Nak beli rumah : Yang ini pun perlukan downpayment. Dan juga kos2 lain seperti legal fee, stamping duty fee, Memorandum of Transfer (MOT) fee dan macam2 lagi. Jadi, nak tak nak kita perlu simpan.

3. Nak kahwin : Yang nie kalau lambat2, pada saya rugi la...:D. So, kena kumpul duit beb, takkan dulu belajar mak ayah tanggung, sampai masa nak tanggung anak orang, mak ayah tanggung jugak (utk yang lelaki)...utk yang perempuan..saya rasa sama je, takkan nak semua pakai duit parent. Kecuali le parent mmg taikun besar...:D

Jadi, ketiga-toga simpanan di atas adalah untuk jangka pendek. Jadi, kenapa pula kita perlukan Plan PruBSN Firstlink?

Mudah saja....sekarang nie, kita nak kumpul duit untuk jangka pendek, tapi, bila kita kumpul, kita masih terdedah dari RISIKO KEWANGAN iaitu Lumpuh Kekal Keseluruhan sama ada disebabkan penyakit atau kemalangan serta risiko mengidap sakit kritikal. Jika risiko ini berlaku sudah tentu kita memerlukan rawatan segera, bagaimana kita urus kewangan kita? Adakah kita sanggup mengeluarkan duit yang kita kumpul sedikit demi sedikit untuk tujuan jangka pendek (beli rumah, beli kereta atau berkahwin) dihabiskan untuk bayar bill hospital?...

Jadi, pada peringkat ini, kena focus beberapa perkara penting :

1. Penggantian pendapatan (kalau lumpuh, dapat lump sum duit)...untuk kos sara hidup.

2. Medical Card (kalau amik yang basic pun tak per, tak payah tinggi2 sangat)..so, kalau memerlukan rawatan, tak payah nak keluarkan duit saving. Kalau cerdik, siap boleh dapat extra duit (sebab plan pruBSN Link Series nie ada disertakan dengan manfaat  elaun hospital)...kalau masuk wad sehari dapat RM 400...kalau 10 hari?..dah RM 4,000. Bill hospital dah dibayar oleh medical card...Yang ini nak amik yang basic pun boleh (murah) atau yang komprehensif, mahal sikit tapi berbaloi....

Jadi, plan PruBSN FirstLink ini boleh disertai dengan minimum caruman RM 100 sebulan, individu berumur 19 tahun hingga 25 tahun dan boleh membuat pilihan untuk tempoh matang pada umur 80 tahun atau 100 tahun.

Apa yang istimewa adalah, plan ini disertakan dengan :

A. Bonus AchieveFirst,
B. Bonus Kesetiaan (Loyalti Bonus) dan
C. Perlindungan berterusan sekiranya ada masalah kewangan untuk membayar caruman bulanan.

A. Bonus AchieveFirst
- Bonus ini akan memberikan RM 500 kepada client sekiranya beliau mencapai perkara2 berikut.

a. Membeli rumah pertama
b. Menunaikan ibadah Haji
c. Berkahwin
d. Menunaikan ibadah Umrah
e. Apabila anak anda dilahirkan
f. Menerima Ijazah pasca Siswazah
Nota : Bonus hanya akan diberikan sekali sahaja

So, kalau anda ada mencapai salah satu dari yang disenaraikan di atas nie..bolehlah membuat tuntutan kepada agent anda, atau terus ke mana2 cawangan Prudential / PruBSN Takaful. Dokumen yang diperlukan untuk apply adalah seperti di bawah :

Cara Apply Bonus AchieveFirst

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai dari segi harga caruman dan jumlah manfaat yang sesuai, boleh hubungi saya di 019-9595 843 (Fadzil) atau email : mohamadfadil@prupartner.com.my.
Untuk senarai lengkap manfaat yang ada pada Plan Ini, boleh rujuk di sini


2. Baru Berkeluarga dan 3. Keluarga yang Berkembang

Young and Growing Family


Apabila kita melangkah ke alam rumah tangga, jawap suami sebagai ketua keluarga menjadi lebih besar. Selain bekerja untuk diri sendiri, suami juga bekerja untuk menyara isteri dan tanggungan yang lain. Sekiranya ada anak, tanggungjawab juga akan menjadi lebih besar.

Terdapat 2 kombinasi plan untuk individu yang sudah mempunyai keluarga.

a. PruBSN TakafuLink
b. PruBSN SmartLink (untuk pelan pendidikan anak)

a. PruBSN TakafuLink

Pelan TakafuLink ini merupakan pelan Takaful berasaskan pelaburan yang Syariah. Selain manfaat asas iaitu Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan, terdapat pelbagai manfaat lain yang boleh disertakan dalam pelan asas ini yang dipanggil rider. Sebab apa rider? Sebab manfaat tersebut perlu diambil dengan manfaat asas (Mati atau Lumpuh)...tak boleh nak amik manfaat tersebut sahaja.

Secara ringkasnya, manfaat dalam plan TakafuLink nie terbahagi kepada 5 bahagian utama.

1. Kematian / Lumpuh Kekal Keseluruhan
2. Pampasan sakit kritikal (36 jenis penyakit)
3. Pampasan kemalangan (mati atau lumpuh kekal keseluruhan)
4. Kad perubatan (yang digunakan untuk membayar bil2 hospital secara online)
5. Simpanan atau pelaburan untuk masa hadapan.

Secara konsep asasnya, manfaat no. 1 dan no. 5 adalah wajib diambil. Manfaat 2,3,4 adalah pilihan (maksudnya, nak amik pun boleh, tak nak amik pun boleh)

Sebagai contoh :

Sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat kematian sahaja, tanpa ada sebarang simpanan, maka ini tidak boleh dilakukan, sebab...mahu tidak mahu, simpanan tetap akan ada dalam account pelaburan anda.

Atau sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat medical card sahaja, so, jawapannya, plan ini tak boleh buat macam tu. Sebab, basic minimum manfaat kematian RM 10,000 mesti diambil dan simpanan ada automatik akan dimasukkan ke dalam investment unit account client.

Untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan, boleh contact saya : 019-9595 843 (Fadzil) call or sms, atau email mohamadfadil@prupartner.com.my atau hantar kan request for quotation pada menu di sebelah kanan blog saya.

Senarai lengkap manfaat dan penerangan ringkas setiap manfaat, anda boleh rujuk di sini.


Pembahagian caruman untuk simpanan dan caj-caj yang dikenakan mengikut tahun caruman.

Caj-caj yang dikenakan adalah seperti berikut :

1. Caj Wakalah Pendahuluan

Caj ini terdiri daripada komisen dan perbelanjaan berkaitan pengagihan serta perbelanjaan pengurusan. Peratusan di bawah adalah berdasarkan sumbangan perlindungan anda.


Wakalah Charges Percentage

2. Caj perkhidmatan

Caj perkhidmatan adalah RM6 sebulan untuk bayaran melalui tunai atau cek sementara caj untuk cara bayaran lain adalah RM5. Ini adalah untuk perbelanjaan perkhidmatan sijil.

3. Caj pengurusan aset

Kami mengenakan caj ini secara tahunan pada dasar harian daripada nilai akaun pelaburan anda untuk perbelanjaan pengurusan pelaburan anda.
-Takafulink Dana Bon 0.5% setahun.
-Takafulink Dana Urus 1.3% setahun.
-Takafulink Dana Ekuiti 1.5% setahun.
-Takafulink Dana Ekuiti Dinasti 1.5% setahun.

4. Caj tambahan tunggal (single premium)

Kami mengenakan caj 5% untuk setiap penambahan sumbangan tunggal. Di samping itu, untuk setiap penambahan yang kurang daripada RM5,000, caj tambahan sebanyak RM25 akan dikenakan.

5. Caj menukar ganti dana (Fund Switching)

Kami menyediakan empat tukar ganti percuma setiap tahun. Untuk sebarang tukar ganti lanjutan dalam tempoh tahun tersebut, caj tukar ganti ditetapkan pada 1% daripada amaun yang ditukar ganti (tertakluk kepada maksimum RM50).

6. Tabarru'

Kami menolak suatu amaun setiap bulan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), amaun perlindungan dan tempoh perlindungan.

Lebihan Tabarru'

Anda layak menerima sekurang-kurangnya 50% daripada lebihan yang diagihkan (jika ada) pada setiap tahun. Baki sehingga 50%8 dikongsi bersama kami sebagai insentif untuk mengurus Dana Tabarru’.

b. PruBSN SmartLink (Pelan pendidikan untuk anak)

Umum semua mengetahui, kenapa kita perlu sediakan simpanan untuk pendidikan anak2 pada masa hadapan. Pada awal tahun setiap musim persekolahan dibuka, setiap ibu-bapa pergi menghantar anak mereka untuk sessi orientasi (bagi yang darjah 1), pernah kat kita terfikir atau terbayang, ada ke ibu-bapa yang suruh anak dia belajar main2 atau malas2?....Mesti suruh belajar rajin2....itu dari satu sudut.

Akan tapi dari sudut yang lain, adakah kita pernah terfikir, atau pernah rancang, sekiranya anak kita yang kita hantar ke sekolah mendapat tempat di Universiti dan memerlukan sumber kewangan untuk beliau belajar atau membayar yuran pengajian...berapa yang kita sediakan untuk mereka?...atau kita hanya harapkan PTPTN untuk bantu. Lepas tu, bila anak grad, belum kerja lagi dah berhutang...dan kalau tak bayar, kena black list dan sebagainya....

Jadi, sudah menjadi tanggungjawap ibu bapa untuk menyediakan tabung pendidikan untuk anak2. Oleh yang demikian, plan PruBSN SmartLink ini memberikan salah satu option atau pilihan kepada ibu bapa untuk menyimpan ditabung pendidikan anak2....

Selain manfaat2 seperti orang dewasa (manfaat kematian, lumpuh kekal, sakit kritikal, kemalangan, medical card) terdapat beberapa ciri2 yang istimewa yang sepatutnya anda tahu mengenai plan ini yang tidak ditawarkan oleh institusi kewangan lain selain insurance atau takaful.

Antaranya adalah...

1- Manfaat pembayar / pasangan pembayar.

Manfaat ini akan membayar simpanan akan datang sekiranya pembayar kepada pelan pendidikan anak tersebut meninggal dunia, lumpuh kekal keseluruhan atau mengidap salah satu dari sakit kritikal. Ia bukan setakat menyimpan, malah semua manfaat yang ada didalam policy kekal seperti biasa. Bahasa yang paling mudah adalah, caruman dah le free, manfaat lain still boleh claim macam biasa.

Sekarang ni pulak, boleh combined ayah dan ibu sebagai pembayar. So, kalau salah sorang kena musibah yang saya sebutkan di atas tadi, caruman akan datang automatik akan jadi percuma.

Jadi, secara ringkasnya, kalau pembayar ada, duit untuk anak pun ada, kalau pembayar tak de, duit untuk anak Insyallah ada. Dan manfaat ini anda tidak akan dapat sekiranya anda simpan duit untuk pelajaran anak anda di bank.

2- Anugerah kecemerlangan

Sekiranya anak anda mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan utama, anak anda layak untuk mendapat anugerah ini mengikut skala manfaat yang telah ditetapkan. Sila rujuk jadual di bawah.

Anugerah Kecemerlangan


Untuk mendapat quotation Pelan pendidikan untuk anak anda, boleh email kan details kepada saya : mohamadfadil@prupartner.com.my atau call / sms : 019-9595 843 (Aziz Riadi) atau isikan maklumat di kotak "Request For Quotation" di sebelah kanan blog saya.

3. Pesara

Retirees

Akhir sekali adalah pelan persaraan. Apabila sudah bersara, perkara penting yang kita kena fikirkan adalah pelan perubatan atau tabung perubatan. Sebab apa? sebab masa tu, umur dan meningkat, risiko penyakit semakin tinggi dan kos rawatan pada masa akan datang semakin meningkat. Jadi, kalau kita tak sediakan dari awal, sekiranya kita memerlukan dana untuk perubatan, kita akan gunakan simpanan persaraan kita (EPF atau Tabung Haji)....sedangkan sepatutnya digunakan untuk belanja kehidupan kita. Sebab masa tu dah tak kerja, so, income dah takde.

Selain itu, untuk pelan persaraan, kita juga memerlukan simpanan yang agak stabil. Jadi, kalau umur kita utk bersara kurang dari 10 tahun, dicadangkan untuk letakkan pelaburan di dalam dana Bon atau dana Urus. Kalau letak kat equity, takut kalau market drop, tak sempat nak recover...

Untuk mendapatkan quotation, boleh hubungi saya : 019-9595 843 (Fadzil) call or sms atau email : mohamadfadil@prupartner.com.my

TIP SEBELUM MENGAMBIL INSURAN HAYAT


Tip Sebelum Membeli Insurans Hayat

Beberapa tips untuk anda yang masih mencari-cari plan insurans hayat yang sesuai dengan keperluan dan bajet anda. Jangan biarkan diri anda terus membuat perbandingan sehingga tiba saat anda betul-betul memerlukan insuran. Di saat itu, permohonan anda tidak lagi diluluskan kerana insurans hanya boleh dipohon ketika sihat.
  • Buat perbandingan kadar premium. Pastikan perbandingan dari segi kadar premium dan manfaat yang ditawarkan. Perbandingan perlulah apple dengan apple. (Bandingkan plan yang setara sahaja)
  • Fahami perlindungan yang ditawarkan serta terma dan syarat. Pastikan anda memahami apa polisi insuran anda tawarkan. Fahami juga terma dan syarat seperti pengecualian risiko.
  • Elakkan sebarang perlindungan yang tidak diperlukan. Beli apa yang anda perlu dan anda rasa berisiko tinggi dalam kehidupan anda buka kerana anda terpengaruh dengan manfaat yang anda sendiri tidak faham.
  • Pastikan insurans hayat itu sesuai untuk anda. Kaji polisi yang dicadangkan oleh agen dan dapatkan penerangan satu persatu dan anda boleh membuat pemilihan manfaat tambahan yang sesuai untuk anda.
  • Fahami dan pastikan tarikh polisi berkuatkuasa, tempoh menunggu, pengecualian. Ini penting kerana sebelum tempoh berkuatkuasa anda tidak akan dapat membuat tuntutan terhadap insurans tersebut. Fahami juga tentang pengecualian penyakit sedia ada.
  • Isikan borang cadangan dengan cermat. Pastikan anda fahami dan baca dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan.
  • Baca polisi anda setelah menerimanya dan simpan dengan cermat. cuba fahami apa yang tertulis dalam polisi dan pastikan anda tahu risiko apa yang dilindungi.
UNTUK LEBIH MEMAHAMI BETTER HUBUNGI SAYA 019-9595843 OR EMAIL SAYA  mohamadfadil@prupartner.com.my

BAGUSKAH PRUDENTIAL !



Apakah kebaikan mengambil insurans Takaful Prudential BSN?
Friday, September 14, 2012 at 06:07 PM


Semua orang masih tak berapa nak pasti apakah kebaikan mengambil insurans ni. Aku pun dulu-dulu macam tu la gak tapi bila dah start jadi agent and dengar + dapat training dari leader aku baru aku tahu betapa pentingnya mengambil insurans di waktu muda.

Takaful Prudential BSN bukan setakat cover medical sahaja malah mengajar kita macammana nak menguruskan kewangan sendiri. Selain itu, kita boleh buat donation sekali sebab takaful prudential BSN ni berlandaskan syariah dan tabaru'. Disamping kita buat insurans, kita boleh melabur, buat saving secara tak langsung kita boleh menderma... Tak ke itu satu pendekatan yang bagus? 











Kenapa perlu amik Takaful Prudential BSN?

1) Takaful tidak mempunyai riba dan medical benefit dia memang banyak. 

Lagi banyak jumlah plan yang kita amik, lagi banyak benefit yang kita boleh dapat. Prudential Takaful membantu kawan-kawan yang mengalami kesusahan untuk mendapat benefit itu. 

2) Client boleh mendapat bonus sekiranya tidak claim apa-apa selama setahun.
Sekiranya kawan-kawan tidak claim apa-apa dalam masa setahun, kebaikan yang boleh kawan2 terima adalah menerima bonus dari prudential sendiri sebanyak mana jumlah yang telah anda invest selama sebulan. Buat masa ini belum ada lagi insurans yang sanggup memberi bonus kepada pelanggannya sendiri. Sebab itu dikatakan prudential takaful BSN ni mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

3) Membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan plan pendidikan anak-anak
    mereka.

Kepada pasangan yang mempunyai anak, adalah lebih baik mengambil plan takaful yang cover medical + pendidikan anak-anak. Kenapa? Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Zaman sekarang ni begitu banyak peluang belajar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berintelek dan berpengetahuan di dalam pelbagai bidang. Namun salah satu sebab kenapa ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kerana kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun mempunyai banyak agensi-agensi yang boleh memberikan loan kepada pelajar tetapi interest yang tinggi boleh menyusahkan para pelajar yang baru grad untuk melangsaikan hutang mereka. Jadi, dari sekarang la kita perlu menyimpan untuk masa depan anak-anak kita. Nanti bila dah sampai jangka masa umur, duit simpanan pendidikan itu boleh digunakan untuk keperluan mereka. Tak perlu membuat pinjaman yang kemungkinan besar sukar untuk melunaskannya.

4) Melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia

Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa? Yelah, sekiranya kalau ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang2 yang sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank, andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan dibekukan.. last-last duit simpanan itu di donatekan kepada orang lain tanpa waris kita tidak mendapat sedikit benefit sekalipun. Tak ke haru? Sekiranya kita menyimpan di dalam takaful, at least ada orang yang boleh membantu untuk menguruskan semuanya. 

5) Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan untuk meneruskan kehidupan

Kalau sekarang, kita banyak mendapat medical benefit dari kompeni kita sendiri. Itupun sebab kita masih bekerja di bawah kompeni tersebut. Tapi tidakkah kita terfikir sekiranya kita sakit atau lumpuh disebabkan kemalangan, dalam masa yang sama khidmat kita ditamatkan.. macam mana kita nak meneruskan hidup? Mungkin ada duit hasil dari khidmat sebelum ini tapi mampukah kita bertahan? Sebab itu kena ada insurans kita sendiri. Kenapa kena ambil Insurans Takaful Prudential BSN? Sebab kalau nak dicomparekan dengan insurans yang lain, sekiranya mengalami apa-apa pada kita (lumpuh kekal / lumpuh separa kekal).. dan kita tak mampu untuk membayar insurans bulanan, takaful BSN prihatin untuk membantu membayar insurans bulanan sehingga umur client tersebut 80 tahun (kira FREE la). Tidak ada lagi insurans diluar sana yang sanggup membayarkan insurans clientnya sekiranya terjadi perkara sedemikian. Kalau berlaku sebegini, mereka hanya akan bayar lumpsum jumlah yang terkumpul dan menamatkan perkhidmatan kepada client tersebut tapi tidak pada Takaful Prudential BSN.

Sebenarnya banyak lagi benefit yang boleh aku utarakan dekat sini tapi mungkin cukup untuk memberi pengetahuan kepada kawan-kawan betapa pentingnya mengambil insurans kita. Memang duit tidak mencukupi untuk melabur tapi sekiranya kita pandai menguruskan kewangan kita insya'allah boleh. 

Sesiapa yang berminat untuk mengambil insurans takaful boleh la kontek saya. Bukan niat untuk memaksa, tapi niat untuk membantu kawan-kawan. Hargailah diri kita, sayangilah family kita. Kalau kita sakit ataupun meninggal dunia sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan beban family kita untuk menguruskan diri kita selepas ini.. itu yang paling penting.

Sekian....                                                                                                          0199595843 (Fadzil)

QUOTATION UNTUK ANDA


Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat yang tepat mengenai Pelan PruBSN Takaful. Anda boleh mendapatkannya secara percuma daripada kami. Caranya mudah sahaja. 


Email ke fadzrill@yahoo.com.my atau untuk maklumbalas yang lebih pantas SMS ke 019-9595843 semua maklumat berikut :


1-  Nama
2- Tarikh Lahir
3- Jantina
4- Pekerjaan (sekiranya kanak2, maklumat ini tidak diperlukan)
5- Status merokok atau tidak (untuk kanak2, ini tidak diperlukan)
6- Budget (Sekiranya ada, memudahkan kami untuk menyediakan pelan 
    Takaful berdasarkan kemampuan anda)
7- Nombor Telefon (Memudahkan penerangan secara lisan sekiranya terdapat
    perkara-perkara yang tidak jelas)


Atau isikan maklumat di Dapatkan Quotation Percuma


Dapatkan Pelan Takaful PruBSN untuk anda sekarang!!!

CRISIS COVER - PENYAKIT KRITIKAL LA 2..

PruBSN CrisisCover


Pelan PruBSN CrisisCover merupakan satu plan baru yang dikeluarkan oleh PruBSN Takaful Berhad bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan pelanggan. Secara asasnya, plan ini memberi perlindungan kewangan (pampasan) kepada pemegang polisi sekiranya beliau meninggal dunia atau disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.

Plan ini merupakan plan traditional (plan bertempoh / term plan). Namun ianya mempunyai nilai tunai. Pembahagian keuntungan pelaburan antara pemegang policy dan syarikat PruBSN Takaful Berhad adalah seperti berikut :

Pemegang Policy : 80%
PruBSN Takaful Berhad : 20%

Plan ini memberi pilihan kepada pemegang policy yang sudah mempunyai plan insurance atau takaful lain (life policy, medical dan sebagainya) tapi ingin mendapatkan perlindungan tambahan sekiranya mengidap sakit kritikal. Sebenarnya, manfaat ini sama seperti manfaat rider Crisis Shield atau Crisis Shield Plus (dalam Plan Takafulink). Tapi, plan PruBSN CrisisCover hanya memberi pampasan kepada 3 perkara sahaja seperi yang saya sebutkan di atas.

Plan ini boleh didapati dengan caruman serendah RM 20 sebulan. Selain dari manfaat pampasan disebabkan penyakit kritikal, pemegang policy juga boleh attached dengan manfaat tambahan iaitu

  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan orang yang anda kasihi pendapatan bulanan sekiranya anda kehilangan nyawam disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan (TPD).
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.
  • Parent Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.

Kesimpulannya, pada pendapat saya, plan ini adalah sebagai satu plan tambahan sekiranya seseorang itu ingin mendapatkan perlindungan kewangan disebabkan oleh risiko sakit kritikal, atau sesiapa yang ingin memulakan caruman bulanan dengan jumlah yang rendah disebabkan oleh kemampuan kewangan dan sebagainya.

Selain itu, plan ini juga amat sesuai kepada pemilik2 syarikat yang ingin memberikan perlindungan insurance / takaful sakit kritikal kepada pekerja2 mereka. Ini kerana dengan caruman yang rendah dan mampu milik, tidak menjadi satu bebanan kepada majikan untuk memberikan sedikit manfaat pekerja bagi memastikan pekerja terus setia bekerja dengan majikan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan contoh plan, boleh emailkan ke fadzrill@yahoo.com.my details anda kepada saya.

1. Nama
2. Tarikh Lahir
3. Pekerjaan
4. Status Merokok (Y/N)
5. Jumlah Perlindungan yang ingin diambil.

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai product ini, boleh menghubungi saya di talian 019-9595843 (fadzil) atau email saya : fadzrill@yahoo.com.my. Insyallah, kami sedia memberi khidmat nasihat kepada anda.

PruBSN PROTECTION

PruBSN Protect

Plan PruBSN Protect merupakan sejenis Plan traditional yang memberi perlindungan kewangan akibat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan disebabkan sebab2 bukan kemalangan. Ia juga ditambah dengan manfaat kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan dan beberapa manfaat yang berkaitan kemalangan yang lain.


Terdapat pula PruBSN Protect Plus yang menggandakan jumlah perlindungan sebanyak 5% dalam setiap 3 tahun secara automatik. Tujuan penambahan perlindungan ini adalah dengan mengambil kira kadar inflasi setiap tahun. Jadi, berkemungkinan jumlah perlindungan kewangan yang kita sign up sekarang nilai nya tersangat kurang pada masa akan datang. Jadi, ada satu kaedah / cara bagaimana kita ingin memberikan lebih perlindungan kewangan pada masa akan datang.

Antara manfaat dalam plan ini adalah
  • PruBSN Protect
Membayar pampasan disebabkan oleh kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • PruBSN Protect Plus
Manfaat ini sama seperti manfaat di atas, cuma jumlah sum insured / sum covered akan bertambah setiap 3 tahun sebanyak 5%.
  • Accident Death and Disablement
Memberikan keluarga pemegang policy wang tunai sekiranya pemegang policy meninggal dunia atau hilang upaya kekal keselurhan disebabkan oleh kemalangan.
  • Accident Medical Reimbursement
Manfaat ini akan membayar semua kos rawatan kemalangan (tertakluk kepada jenis rawatan yang diberikan. Pemegang policy perlu membayar bill hospital/klinik terlebih dahulu, kemudian, baru kita buat claim ke PruBSN Takaful.
  • Weekly Indemnity
Manfaat ini membayar pendapatan mingguan disebabkan pemegang policy cuti sakit (MC disebabkan oleh accident). Akan tetapi tempoh pemulihan akan ditetapkan oleh Doktor yang merawat.
  • Family Income Benefit
Manfaat ini memberikan pendapatan bulanan kepada keluarga sekiranya pemegang policy disahkan meninggal dunia, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan sebelum umur 70 tahun.
  • Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pemegang policy disahkan mengidap sakit kritikal.
  • Spouse Contributor
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya pasangan anda meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan
  • Parent Contributor (hanya utk client yang berumur bawah dari 19 tahun sahaja).
Manfaat ini membayar sumbangan2 anda pada masa akan datang sekiranya ibu atau bapa meninggal dunia, atau disahkan mengidap sakit kritikal atau hilang upaya kekal keseluruhan.

Konsep PruBSN Protect Plus

PruBSN Protect Plus


Email saya details anda sekiranya ingin mendapatkan contoh plan / quotation. Terima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang persoalan, boleh call saya : 019-9595843 atau email fadzrill@yahoo.com.my

TAKAFUL PUTERI


MANFAAT TAKAFUL PUTERI



Manfaat 
Takaful Puteri 
merupakan manfaat rider 
(perlu disertakan dengan pelan Takafulink)

Pelan-Pelan Takaful Puteri menawarkan pelbagai manfaat tambahan kepada wanita yang biasanya tidak terdapat didalam pelan Takafulink.

Terdapat 
2 pilihan pelan

iaitu 

Takaful Puteri  atau Takaful Puteri Plus
Kedua-dua pelan menawarkan tiga tahap jumlah yang diinsurankan iaitu

[ RM50,000, RM100,000 atau RM150,000 ]


Pelan Takaful Puteri menawarkan :
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi daripada penyakit-penyakit berkaitan wanita
Pelan Takaful Puteri Plus menawarkan:
  • Manfaat Penjagaan Wanita yang melindungi anda daripada penyakit-penyakit yang berkaitan wanita.
  • Manfaat Penjagaan Ibu yang melindungi komplikasi kehamilan dan penyakit-penyakit congenital bayi (penyakit sejak lahir)

MANFAAT PENJAGAAN WANITA


A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah 100% jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

Kanser berkaitan wanita

  • Kanser payudara atau
  • Kanser Uterus Serviks atau
  • Kanser Tiub Falapio atau
  • Kanser Ovari atau
  • Kanser Uterus atau
  • Kanser Vagina/Vulva
atau

Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis

30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar sekiranya disahkan mengidap Karsinoma-in-situ Payudara atau Uterus Serviks.Bagaimanapun, apabila disahkan kemudiannya mengidap kanser berkaitan wanita atau Lupus Eritematosus Sistemik dengan Lupus Nefritis, kami akan membayar baki 70% daripada jumlah yang diinsurankan.


B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah. 30% daripada jumlah yang diinsurankan akan dibayar.

  • Artritis Reumatiod dengan Komplikasi atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Payudara atau
  • Pembedahan Rekonstruksi Muka kerana kemalangan atau
  • Graf kulit kerana kebakaran atau kanser kulit atau Keretakan Osteoporosis


MANFAAT PENJAGAAN IBU

A) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian di bawah RM10,000 akan dibayar


Komplikasi Kehamilan

  • Penyebaran Penggumpalan Intravaskular (selepas hamil 7 bulan) atau
  • Kehamilan Ektopik atau
  • Keguguran Lewat (dari hari 126 hingga hari 196 kehamilan) atau
  • Kematian Fetus (selepas hamil 196 hari) atau
  • Kematian Anak (dalam tempoh 30 hari selepas kelahiran)
B) Tuntutan untuk satu daripada mana-mana kejadian dibawah.RM20,000 akan dibayar.

Penyakit-penyakit Kongential Bayi

  • Sindrom Down atau
  • Kecacatan Vetrikel Septum atau
  • Kecacatan Atrium Septum atau
  • Spina Bifida atau
  • Lelangit Rekah
Bayi mestilah hidup lebih dari 30 hari selepas kelahiran dan didiagnosis dalam tempoh 2 tahun selepas kelahiran.

Nota :

Kejadian yang boleh dituntut di bawah Manfaat Penjagaan Wanita Dan Manfaat Penjagaan Ibu mestilah kejadian pertama yang berlaku di sepanjang hayat Hayat Diinsurankan

Sila klik di sini untuk mendapat jumlah caruman dan quotation atau hubungi saya di 019-9595843 (fadzil) atau email : fadzrill@yahoo.com.my.


PruBSN UMMAH

Intro

Suatu pelan yang di reka khusus bagi membantu kita di dalam menunaikan ibadah fardhu Haji dan Umrah.Pelan ini menggabungkan simpanan dan perlindungan yang memfokuskan kepada membantu kita untuk menunaikan
kewajipan haji samada semasa masih hidup atau pun setelah meninggal dunia.


Apa yang PruBSN Ummah boleh tawarkan?

1. Manfaat perlindungan asas Takaful
  • Pelan ini menyediakan 3 perlindungan asas iaitu apabila berlaku : Kematian, Cacat Kekal, Penyakit Kritikal
Manfaat Takaful Ummah 2
Add caption


2. Manfaat-manfaat Haji/Umrah
  • Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.
  • PruBSN akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji (Upah orang untuk tunaikan haji).
Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.



Kaabah


3. Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan
    menyeluruh
  • Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.
  • Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.
  • Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.

4. Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi
  • Wariskan harta anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.
  • Menjamin waris anda bebas dari hutang piutang walaupun setelah ketiadaan anda.

5.Meningkatkan simpanan usia emas anda
  • Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji,Umrah atau tujuan-tujuan lain.Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.

6. Manfaat-manfaat penyakit kritikal
7. Bonus Loyalti
  • Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia PruBSN.Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.
  • Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh,tertakluk kepada terma dan syarat.

Manfaat Takaful Ummah
  • Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk Plan ini?

    Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
    • umur anda
    • Jumlah dan terma perlindungan anda
    • Status kesihatan anda
    • Jantina anda
    • Tahap risiko pekerjaan anda
    • Kaedah pembayaran anda
    • Kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun

    Contoh caruman
Contoh Illustrasi



Maklumat lanjut, boleh hubungi saya : 019-9595843 atau email fadzrill@yahoo.com.my

TAKAFUL CERDIK




Kita atau dia...


Pendidikan adalah hadiah yang paling berharga daripada ibu bapa kepada anak-anak. Akan tetapi, perlu diingat, pada masa kini, pendidikan yang baik dan sempurna memerlukan komitmen bukan sahaja dari segi masa dan tenaga, malah wang ringgit.


Tahun demi tahun, masalah pelajar tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi disebab oleh masalah kewangan semakin ramai. Bukan masalah pelajar tidak pandai. Tapi disebabkan oleh MASALAH KEWANGAN. Bagaimana ini boleh berlaku? Mari kita fikirkan.


Semasa anak masih kecil, adakah mereka tahu yang mereka akan masuk ke universiti satu hari nanti? Adakah mereka tahu untuk masuk ke sesebuah Universiti memerlukan sejumlah wang bagi menampung yuran dan duit belanja pembelajaran? Siapa yang lebih tahu?..Ibu bapa atau Anak?..siapa yang ada pilihan?..Ibu Bapa atau Anak?..

siapa yang ada plihan untuk berbelanja berlebihan hingga terlupa untuk membuat simpanan pada masa mendatang atau membuat simpanan berterusan bagi menyediakan wang untuk pendidikan anak? Siapa yang mempunyai pilihan.....renung mata anak kita....renung sedalam-dalamnya...sama ada yang baru saja lahir, berumur 1 atau 2 tahun atau yang sudah mula bersekolah....adakah mereka tahu yang satu hari nanti mereka memerlukan sejumlah wang untuk melanjutkan pelajaran demi cita-cita mereka.

Bukan hanya cita-cita mereka, yang mana saya percaya, lebih kepada cita-cita kita untuk melihat anak kita berjaya. Tapi apakah pilihan di tangan dia?...siapa yang mempunyai pendapatan?..kita atau dia?..siapakah yang mempunyai pilihan?..kita atau dia...kita yang mampu memilih untuk memperuntukkan sejumlah wang simpanan secara berterusan untuk dia atau dia sudah mampu untuk mencari wang sendiri untuk menampung pembalajaran mereka?....



Jadi, pelan Takafulink Cerdik daripada PruBSN Takaful ini direka khas dalam usaha membantu ibu bapa untuk merancang simpanan pendidikan untuk anak-anak mereka. 

Mulalah dari sekarang. Dapatkan pelan yang terbaik yang memberikan perlindungan Takaful dan Pendidikan dalam satu akaun yang komprehensif.


Apa dia Pelan Takafulink Cerdik?


Takafulink Cerdik merupakan pelan pendidikan daripada PruBSN Takaful. Pelan ini merupakan sejenis caruman tetap dan mempunyai tempoh matang sehingga umur anak 25 tahun. Pelan ini bukan sahaja memberi perlindungan untuk pendidikan malah perlindungan dari segi kematian, kemalangan, peyakit kritikal, kad perubatan (Medical Card) dan beberapa manfaat lain seperti di bawah.

Senarai manfaat dan penerangan...


1- Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan

Sekiranya berlaku kematian kepada anak, pampasan akan diberikan berdasarkan tahun penyertaan.

Umur pada tarikh akan datang

1 Tahun : 20% daripada jumlah perlindungan (sum covered)
2 Tahun : 49%
3 Tahun : 60%
4 Tahun : 80%
5 Tahun dan ke atas : 100%

Sebab kematian terdiri kematian biasa


2- 36 Jenis Penyakit Kritikal (senarai penyakit kritikal)

- Sekiranya anak mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus (lump sum).
- Segala kos rawatan perubatan akan ditanggung oleh kad perubatan MMC (rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur anak mencapai 25 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik. Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Kemalangan (Mati atau Lumpuh)

- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan.
- Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1).
- Sekiranya anak meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya anak mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah buat tuntutan sehingga habis manfaat ini pada tahun tersebut, jumlah yang dilindungi akan menjadi 100% semula.
- Akan tetapi sekiranya tuntutan 100% dilakukan pada tahun itu, untuk tuntutan manfaat ini pada tahun yang sama tidak dibenarkan. Manfaat ini diperbaharui mengikut tahun polisi.

4- Kad Perubatan (Major Medical Card-MMC)

- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh - Malaysia. Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Sila refer medical card)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.


5- Elaun Hospital

- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar.
- Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda.
- Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bil atau resit asal.

6- Elaun ICU

- Elaun tambahan akan diberikan disepanjang tempoh klien berada dalam ICU.

8- Elaun Bedah

- Elaun Bedah akan diberikan sekiranya klien menjalani procedure pembedahan. Sila rujuk Jadual Manfaat Elaun Pembedahan.

9- Elaun Lumpuh

- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable)

9- Khairat Kematian

- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. - Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut

10- Premium Percuma

Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya

  • Anak disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal
  • Pembayar meninggal dunia
  • Pembayar lumpuh kekal keseluruhan (TPD)
  • Pembayar mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
Semua manfaat lain dalam plan ini berkekalan sehingga tamat tempoh polisi iaitu pada umur anak 25 tahun.

11- Pulangan Pelaburan

- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda.
- Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa untuk tujuan pembelajaran anak dengan syarat nilai tunai terkumpul melebih RM 4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

12- Takaful Saver

- Manfaat tambahan untuk memaksimumkan simpanan pendidikan untuk anak anda. Sila rujuk Takaful Saver

Kembali ke Plan Takafulink


Perkara diatas hanya lahilustrasi..keterangan terperinci sila hubungi Agen anda di talian untukmembuat appointment.:Tel 0199595 843 or email: fadzrill@yahoo.com.my

TAKAFULINK

Takafulink merupakan Pelan Takaful Keluarga yang berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia dirangka bagi memenuhi keperluan perlindungan dan pelaburan setiap peringkat umur. Peruntukkan sumbangan untuk perlindungan dan pelaburan seperti di jadual.


Secara umumnya, Pelan Takafulink ini terdiri daripada 3 pecahan akaun yang utama iaitu :

A- Participant Unit Account (PUA)
(Rujuk manfaat No.1 dan No.2)

B- Individual Special Account (ISA)
(Rujuk manfaat No.3 hingga No.15)

C- Investment Unit Account (IUA)
(Rujuk manfaat No.16)










Berikut adalah senarai manfaat yang
terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas.


1- Manfaat Asas (Basic Sum Covered) i.e Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan
  • Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
  • Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
  • Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
  • Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)

2- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
  • Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
  • Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
  • Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu (Dengan syarat manfaat Contributor disertakan. Sila rujuk manfaat No-14). Sekiranya manfaat Contributor tidak disertakan, client perlu menyambung caruman sehinggalah tamat tempoh .
  • Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
  • Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
  • Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

3- Compassionate Benefit (Khairat Kematian)
  • Manfaat ini akan membayar khairat kematian bagi tujuan pengebumian. Ia akan dibayar serta merta sebaik sahaja pewaris mengemukakan bukti kematian kepada syarikat.
4- Crisis Cover Plus (CCP)
  • Ia merupakan manfaat tambahan i.e rider yang memberikan perlindungan lebih tinggi kepada pemegang polisi atas sebab kematian, sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan i.e Total Permanent Disable (TPD)
  • Sebaik sahaja pemegang polisi disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, manfaat CCP akan dibayar sekali gus manakala manfaat asas utk kematian i.e Basic Sum Covered masih kekal.
  • Sekiranya kematian berlaku sebelum tuntutan 36 jenis penyakit kritikal dibuat, manfaat CCP ini akan dibayar bersama-sama Basic Sum Covered (manfaat no. 1)

5- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya kita mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
  • Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

6- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
  • Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
  • Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
  • Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
7- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
  • Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku, sekiranya tidak masuk wad. Sekiranya anda mendapatkan rawatan di klinik biasa pun, anda boleh claim kos rawatan tersebut dengan syarat rawatan tersebut adalah disebabkan oleh KEMALANGAN, dan bukannya penyakit.
  • Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
  • Bayaran balik kos rawatan akibat kemalangan dalam manfaat ini akan membayar balik 100%, tiada dikenakan ko-takaful.
8- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
  • Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'. Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
  • 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

9- Takaful Health (i.e Kad Perubatan / Medical Card)
  • Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
  • Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
  • Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (Takaful Health)
  • Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

10- Annual Limit Waiver (Special...)
  • Manfaat ini menawarkan client untuk mengenepikan had tahunan pada medical card. Maksudnya, had medical card hanya tertakluk kepada had seumur hidup. Akan tetapi, hanya Plan TH 200, TH 300 dan TH 400 sahaja yang boleh kita letakkan manfaat ini.
  • Sebagai contoh, plan TH 200 (lihat Takaful Health utk lebih details) , had tahunan RM 75,000 dan had seumur hidup RM 750,000. Maksudnya, dalam masa setahun, client hanya boleh claim sehingga RM 75,000 sahaja. Sekiranya bil melebihi RM 75,000, client perlu bayar guna duit sendiri. Jadi sekiranya client memasukkan manfaat ini dalam plan beliau, had tahunan RM 75,000 akan dikeluarkan, dan sekiranya client memerlukan kos rawatan lebih dari RM 75,000...beliau boleh dapatkan rawatan sehingga RM 750,000.
  • Namun begitu, plan ini masih tertakluk kepada ko-takaful dimana 10% daripada bill client akan bayar (e.g utk 75,000 yang pertama syarat ko-takaful masih sama iaitu 10% min 300 dan max 1,000).
  • Untuk yang lebihan daripada 75,000 tersebut client perlu bayar 10% dengan tiada had maksimum. Contoh, kalau bil hospital 100,000. 75,000 pertama co-takaful 10% max 1,000. So, client kena bayar RM 1,000, PruBSN bayar RM 74,000. Utk bil selebihnya RM 25,000 (i.e 100K - 75K = 25K)...10% daripada RM 25,000, i.e RM 2,500 client kena bayar, dan RM 22,500 PruBSN akan bayar. Jadi, total yang client kena bayar sekiranya bill RM 100,000 adalah (RM 1,000 + RM 2,500= RM 3,500)...PruBSN bayar (RM 74,000 + RM 22,500 = RM 96,500)....masih lagi berbaloi2. Dan kalau client nak dapat balik duit co-takaful tersebut, perlu masukkan manfaat Medical Cover lebih sikit. I.e more than 1 unit dan Hospital Benefit Maximum RM 400 sehari.
  • Kalau ada yang kurang jelas penerangan di atas nie, boleh hubungi saya : fadzrill@yahoo.com.my
11- Medical Cover
  • Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
  • Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-12)
  • Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
  • Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
  • Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
  • 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
  • Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

  • Elaun Bedah-Maximum RM12,500 setahun untuk 1 unit.
12- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
  • Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari klien duduk dalam wad.
  • Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
  • Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
  • Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 11, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
  • Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan bill atau resit asal. Bil hospital akan dibayar melalui Medical Card dan elaun hospital akan diberikan kepada klien selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
  • Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
  • Hospital - semua jenis (swasta atau kerajaan)

13- Elaun Lumpuh (Disability Provider)

  • Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
  • Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
14- Takaful Puteri & Takaful Puteri Plus
15- Premium Percuma (Contributor Benefit)

  • Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya klien disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
  • Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
  • Sedikit penerangan ringkas...
Contributor

  • Manfaat ini akan membayar caruman mendatang (future contribution) sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit kritikal.
  • Manfaat-manfaat lain dalam policy (sekiranya ada) akan kekal seolah-olah client masih lagi membayar caruman.
  • Dan yang paling istimewa adalah, wang simpanan client juga akan dimasukkan dan simpanan akan meningkat secara berterusan sehinggalah policy ini tamat atau client meninggal dunia, yang mana lebih dulu. Kira dapat simpan percuma laa....
  • Contoh : client bayar caruman sebulan RM 250. Tetiba disahkan mengidap sakit kritikal dan memerlukan pembedahan. So, kos rawatan semua di tanggung oleh medical card (Takaful Health), manakala caruman selepas disahkan mengidap sakit kritikal tidak perlu dibuat, sebaliknya syarikat akan sambung bayar untuk kita. Untuk testimoni client yang boleh masuk sini : TESTIMONIAL . Sila rujuk testimoni ke-2.
Parent Contributor

  • Manfaat ini sama seperti contributor tapi akan cover pembayar untuk akaun pendidikan anak2 (Takafulink Cerdik / Takafulink Juvenile)..iaitu ayah, ibu atau penjaga yang sah.
  • Maksudnya, sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, atau meninggal dunia atak lumpuh kekal keseluruhan, caruman seterusnya akan dibayar oleh PruBSN takaful sehinggalah policy tamat atau anak meninggal dunia yang mana lebih duhulu.
  • Manfaat ini amat penting kalau client nak amik plan pendidikan untuk anak mereka. Untuk memahamkan konsep mudah manfaat ini adalah...."Kita ada, anak ada duit utk belajar dan ada medical fund, kita tak de pun anak ada duit utk belajar dan ada medical fund kalau dia sakit dan masuk wad"
Spouse Contributor

  • Manfaat ini akan cover caruman mendatang (future contribution) sekiranya pasangan client disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
  • Manfaat ini sama seperti contributor. Cuma sekiranya berlaku kepada pasangan client.
  • Manfaat ini penting sekiranya suami yang amik plan untuk isteri dan isteri tidak bekerja. Jadi, kalau suami meninggal dunia, atau sakit kritikal, atau lumpuh kekal keseluruhan, caruman isteri akan jadi PERCUMA.
Takaful Saver Contributor

  • Manfaat ini akan cover caruman mendatang untuk bahagian takaful saver.
  • Sebagai contoh, kalau client amik plan RM 250 (RM 200 basic dan RM 50 takaful saver)...jadi, kalau manfaat contributor dan takaful saver contributor disertakan, sekiranya disahkan sakit kritikal, semua caruman RM 250 akan jadi percuma. Sebaliknya, kalau hanya manfaat contributor sahaja yang disertakan, hanya caruman untuk basic plan sahaja akan jadi percuma. Caruman untuk takaful saver tidak akan dibayar oleh PruBSN.
  • Client tak boleh amik manfaat takaful saver contributor tanpa manfaat contributor. Sebaliknya, boleh amik manfaat contributor tanpa manfaat takaful saver contributor.
Takaful Saver Parent Contributor

  • Sama seperti plan takaful saver contributor, cuma cover untuk pembayar sekiranya pembayar disahkan mengidap sakit kritikal, meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
16- Pulangan Pelaburan
  • Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun.
  • Syarat pengeluaran adalah seperti berikut :
  • Untuk Akaun PUA (Participant Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan baki perlu ditinggalkan dalam akaun adalah RM 1,000.
  • Untuk Akaun IUA (Investment Unit Account) -> Pengeluaran minimum adalah RM 1,000 dan tiada syarat baki minimum yang perlu ditinggalkan dalam akaun. Akan tetapi sekiranya baki nilai tunai dalam akaun IUA kurang dari RM 500, client perlu membuat pengeluaran semua sekali duit yang ada dalam akaun IUA.
  • Anggaran pulangan pelaburan bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih.
  • Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
Nota : Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, boleh hubungi saya di :


Tel : 019-9595843 (fadzil) atau email fadzrill@yahoo.com.my

Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berasaskan tabarru’ (derma) kepada dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain pada masa yang diperlukan.

Tahap kehidupan yang berubah-ubah.

Keperluan hidup kita sentiasa berubah mengikut peredaran masa. Justeru, apabila keperluan hidup berubah, keutamaan kita turut berubah. Masalahnya, kita juga perlu mengubah perancangan kewangan kita untuk diselaraskan dengan keutamaan hidup kita yang berubah.

Di sini, kami boleh memenuhi keperluan anda dengan Takafulink, iaitu satu pelan takaful keluarga berkaitan dengan pelaburan yang berlandaskan prinsip-prinsip syariah. Ia mempunyai semua ciri-ciri yang anda perlukan.

- Berdasarkan Syariah
Mempunyai Majlis Syariah yang memantau pelaburan dan operasi syarikat.

- Komprehensif
Pelan yang lengkap, terdiri daripada perlindungan, pelaburan dan perubatan.

- Fleksible
Anda boleh mengubah plan atau caruman bulanan mengikut keperluan anda dari semasa ke semasa walau pun setelah polisi dikeluarkan. Ini membolehkan anda merancang dengan lebih baik.

- Pulangan pelaburan yang tinggi
Menyediakan 3 dana untuk memberi pilihan kepada anda :Dana Ekuiti, Dana Urus DAN
Dana Aman

Berikut merupakan surat daripada Bank Negara atas lesen Takaful kepada Prudential BSN Takaful.